ONE CHILD ONE HOPE STUDENT EXCHANGE PROGRAMME

CATATAN LAWATAN PERTUKARAN PELAJAR SMART READER KIDS®

ONE CHILD ONE HOPE STUDENT EXCHANGE PROGRAMME

NAMA PELAJAR:  MUHAMMAD ZHARIF HAKIM

PUSAT: SMART READER KIDS® (TAMAN SRI BAHAGIA, KANGAR)

CATATAN MUHAMMAD ZHARIF:

Saya berasa amat gembira apabila mendapat tiket bas, kamera dan wang saku untuk pergi ke KualaMuhammad 1 Lumpur daripada Smart Reader® Worldwide. Encik Alias Ayob telah menyampaikan hadiah ini kepada kami.
Pada 31 Mei 2013, saya dan ibu bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspres yang besar. Kami duduk di tingkat atas dan di kerusi hadapan sekali.
Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang. Cikgu Aizan telah membawa kami ke hotel di Mid Valley, Kuala Lumpur. Nama hotel itu ialah Hotel Boulevard. Hotel itu amat besar dan saya berasa seronok dapat tinggal di hotel yang sebesar itu.

Selepas berehat, kami bersiar-siar di kompleks membeli-belah Mid Valley. Di negeri Perlis, tidak ada kompleks sebesar itu. Saya dan ibu balik ke hotel selepas makan malam.

Keesokan harinya, saya dan ibu dijemput oleh Cikgu Haida untuk bersiar-siar di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Saya berasa amat seronok kerana saya tidak pernah melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum ini.

Cikgu Haida membawa kami melawat Muzium Negara. Saya seronok melihat barang-barang zaman dahulu seperti keris, buku, pinggan dan kereta.

Muhammad 2

 

Selepas melawat Muzium Negara, kami dibawa melawat Planetarium Negara. Saya gembira kerana dapat bermain dengan pelbagai permainan menarik di situ.

Muhammad 5 Muhammad 7 Muhammad 6

Kami juga dibawa melawat Tugu Negara untuk memperingati pengorbanan dan jasa pejuang-pejuang negara kita.

Selepas penat berjalan-jalan di Kuala Lumpur, kami bertolak ke Putrajaya. Saya amat seronok kerana sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar Putrajaya di televisyen sahaja. Tempat paling cantik di Putrajaya yang saya lawati ialah Masjid Putrajaya.

Selepas melawat Putrajaya, kami balik semula ke hotel. Saya berasa amat letih dan terus tertidur.

Pada 2 Jun 2013, saya telah menerima hadiah daripada Cikgu Haida. Tidak lama kemudian, saya dan ibu bertolak balik ke Kangar, Perlis.

Saya gembira dapat datang ke Kuala Lumpur bersama-sama ibu. Saya berharap saya dapat datang ke Kuala Lumpur lagi. Terima kasih cikgu-cikgu dan Smart Reader® Worldwide!