SMART READER® WORLDWIDE KEMBANGKAN SAYAP KE TIMUR TENGAH


Datuk Kamarlin

Datuk Kamarlin menerima cenderahati daripada Dato’ KH Wang -Gambar Oleh Alexion Mairin

 

7:32am 06/12/2015
KOTA KINABALU: Smart Reader® Worldwide yang sudah terukir kukuh di beberapa buah negara di Asia dan Timur Tengah bakal mengembangkan sayap program ini ke Timur Tengah khasnya di Abu Dhabi, Al Ain dan juga Medan Indonesia. Syarikat francais ini merupakan pembekal francais pusat perkembangan kanak-kanak yang terunggul dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 300 ahli francais dalam negara dan 150 ahli francais di luar negara. Menurut Pembantu Menteri, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Haji Ombi, sumbangan Smart Reader® Worldwide di dalam pendidikan amatlah besar dan peranan para ahli francais amat penting dalam perkembangan industri pendidikan ini. “Program pembelajaran melalui Smart Reader® Worldwide yang diasaskan oleh Datin Sri Dato’ Dr. Kh Wang, memainkan peranan yang penting dalam usaha pembangunan minda kanak-kanak dan kemahiran akademik mereka,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Franchise Award Nite kali ke-15 di Grand Ballroom, Grand Borneo Hotel. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah